Puisi-puisi Rosak
1//. "segeralah bangun!" Cahaya bulan tiba-tiba saja ada disekitarnya. entah darimana ia menyelinap; menembusi ruang-ruang sedih. 2//. sudah berapa lama, aku terkurung sendirian? suara itu berlegar-legar; tak pernah lepas difikirannya; tak pernah menembusi diluar pintu. langit sudah semakin malam bulan membentur sudut-sudut; tidak ada pertanyaan lagi yang keluar dari lelaki itu 5//. "sini, aku menjemputmu pulang." Hujan mempelawa. perlahan angin menyelimuti lelaki itu tidak ada setitis air mata yang jatuh; walaupun ketika ia masih sedih kemana? Tak ada yang tahu tentang perjalanan selepas mati. Yang pastinya sudah tertulis dalam kitab-kitab lama. (pintu tak pernah terbuka; tapi lelaki itu sudah pergi bersama hujan) 6//. pukul tiga pagi ruang Tuhan seketika sunyi hanya ada beberapa kenderaan yang lalu; dikota-kota lain kamu siapa? Lelaki tua itu bertanya setelah bunyi ketukan pintu mengganggu tidurnya lampu-lampu biru; sekitar empat kenderaan dihadapan rumahnya kami ...