Another day.
#talk 2 a random thoughts. it's been awhile. Rindu ruang kecil ni. Dulu, selalu duduk sini pukul 2/3 pagi. Sendiri. Jiwa-jiwa yang jumpa dengan ruang ini mungkin sudah tahu, ruang kecil ini hanya untuk mereka yang terasa asing, untuk mereka yang hilang, untuk mereka yang sedang patah hati, untuk mereka yang lapar waktu waktu sebegini. Untuk jiwa-jiwa yang dengan tidak sengaja masuk atau jumpa dengan ruang ini, selamat. kamu adalah calon jiwa-jiwa yang tidak lama lagi merasakan bahawa hidup ini bukan hanya tentang melihat senyuman manisnya saja. kamu adalah calon jiwa-jiwa yang tidak lama lagi merasakan bahawa patah hati itu adalah sebuah kemalangan yang kita tidak boleh lagi untuk hindari. adalah calon jiwa-jiwa yang tidak lama lagi merasakan bahawa hidup ini bukan hanya tentang melihat indahnya langit merah dan gaun putihnya bulan. terbiasalah. terbiasalah hidup dalam ruang sunyi. terbiasalah untuk diam saat semuanya tidak baik-baik saja. terbiasalah untuk ter...